skdaz.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skdaz@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | FALSAFAH SEKOLAH | DOA SEKOLAH | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA SEKOLAH | AKTIVITI | PAUTAN | Berita Terkini | GURU PANITIA | FALSAFAH PENDIDIKAN | ALUMNI SKDAZ | FALSAFAH PENDIDIKAN | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | G.PRA&PPKI | BUKU PELAWAT | GURU-GURU 1 | GURU-GURU 2 | MARQUEE | PANORAMA | UJIAN SEMESTER 1 | UJIAN SEMESTER 2 | KEPUTUSAN UPSR |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Lama sekolah

 
  • Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman yang terletak di Rantau Negeri Sembilan telah mula beroperasi melebihi 100 tahun yang lalu. Berbagai-bagai proses perubahan yang telah berlaku sepanjang penubuhannya. Sekolah ini mula dibina di sekitar tahun 1902 yang berhampiran dengan Bukit Wak Mat dan bersebelahan Jirat Cina Rantau.
  •             Pada tahun 1937, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang telah dibina oleh kerajaan yang terletak berhampiran pejabat pos dan balai polis Rantau. Pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai sekolah Melayu Rantau. Tapak sekolah ini kekal sehingga hari ini tetapi telah berlaku banyak perubahan dan pembangunan yang telah dijalankan di sekolah ini sejak ia mula dibina sehingga kini.
  •             Pada tahun 1937 juga sebuah bangunan dua tingkat telah dibina oleh  kerajaan bagi menampung pelajar-pelajar yang makin bertambah dari tahun ke tahun. Disamping itu juga empat buah rumah guru telah dibina untuk kediaman guru-guru yang mengajar disekolah ini. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.M Datuk Kelana Makmur yang bertarikh 16 April 1938.
  •             Pada tahun 1979 sebuah lagi bangunan tiga tingkat terpaksa dibina bagi menampung pelajar yang kian meningkat disebabkan pertambahan penduduk di sekitar kawasan Pekan Rantau yang mula membangun. Pada masa ini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Rantau untuk beberapa lama sehinggalah nama ini  kemudiannya ditukar kepada  Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman bersempena  memperingati tokoh Datuk Pusaka Adat yang banyak berjasa di Mukim Rantau.

  •             Sekolah ini mempunyai hampir 450 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk melayu, cina dan india. Pelajar-pelajar ini merupakan penduduk yang bermastautin di sekitar  kawasan Rantau. Kawasan penempatan di kawasan Rantau makin berkembang dengan pertambahan penduduk dari tahun ke tahun dan ini menyebabkan bilangan pelajar juga kian meningkat.
  •             Sekolah ini mempunyai guru seramai 36 orang dan nisbah bilangan guru dan pelajar adalah seimbang bagi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya. Bagi melicinkan pentadbiran sekolah seramai 6 orang staf sokongan turut terlibat untuk memastikan segala urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan  lancar. Pentadbiran sekolah diterajui oleh Tuan Haji Abdul Halim Bin Abdul Majid yang menyandang jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Datuk Akhir Zaman. Beliau turut dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan iaitu En. Alias Bin Sidek (GPK1), Puan Hjh Siti Alawiyah Binti Shariff (GPK HEM) dan Puan Mariyam Binti Abdul Rahman (GPK Ko-Kurikulum).
  •             Sebagai sebuah sekolah yang tertua dan terulung di Mukim ini, Sekolah Datuk Akhir Zaman telah banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat di mana ramai anak didik keluaran sekolah ini telah berjaya dalam bidang masing-masing. Maka tidak hairanlah ramai ibu bapa memilih sekolah ini sebagai tempat pendidikan awal untuk anak-anak mereka, memandangkan sekolah ini telah meraih kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Selain itu, aktiviti bukan akademik yang terdapat di sekolah ini adalah seperti sukan, persatuan kelab dan pertandingan- pertandingan lain yang disertai dan dikelolaikan oleh pihak sekolah.
  •             Dengan ini sudah sepatutnya Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman meraihkan dan mengimarahkan sambutan yang ke seratus tahun tentang wujudnya sekolah tersayang dengan ikrar ” Semangat berjuang demi anak bangsa dan negara”.   

Bangunan Baru sekolah

Pintu depan  sekolah




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: